Thursday, December 16, 2010

Menanti Penghujung cerita......


Sudah setahun saya menunggu...saya tahu saya sabar... Saya sandarkan rasa hati saya kepada Dia...yang Maha Esa.... Saya minta dari Dia..kerana segalanya milik-Nya.. saya nak mintak pinjam..selagi bumi ini saya tumpang...."demi kelangsungan hidup"... Saya yakin yang Esa dengar..tp saya perlu tunggu.. Kata orang.."bulat tak datang bergolek..pipih tak datang melayang"...sabarlah... pasti akan sampai ke penhujungnya nanti.. solat & sabar.. semoga Berjaya!!!!....

Wednesday, February 3, 2010

Keajaiban Surah Dhuha


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.

"DEMI WAKTU DHUHA (KETIKA MATAHARI NAIK SEPENGALAH).

DAN DEMI MALAM APABILA TELAH SUNYI.

TUHANMU TIDAK AKAN MENINGGALKAN ENGKAU (MUHAMMAD) DAN TIDAK PULA MEMBENCIMU.

DAN SUNGGUH, YANG KEMUDIAN ITU LEBIH BAIK DARI YANG PERMULAAN.

DAN SUNGGUH KELAK TUHANMU AKAN MEMBERIKAN KURNIAAN-NYA KEPADAMU SEHINGGA ENGKAU MENJADI PUAS.

BUKANKAH DIA MENDAPATIMU SEBAGAI SEORANG YATIM, LALU DIA MELINDUNGIMU.

DAN DIA MENDAPATIMU SEBAGAI SEORANG YANG KEKURANGAN, LALU DIA MEMBERIKAN KECUKUPAN.

MAKA TERHADAP ANAK YATIM JANGANLAH ENGKAU BERLAKU SEWENANG-WENANGNYA.

DAN TERHADAP ORANG YANG MEMINTA-MINTA, JANGANLAH ENGKAU MENGHERDIKNYA..

DAN TERHADAP NIKMAT TUHANMU, HENDAKLAH ENGKAU NYATAKAN DENGAN BERSYUKUR."

Kagum!!! Saya berasa begitu kagum dan teruja dengan Surah Dhuha ini. Sebelum ini, tak terfikir nak menghayati surah ini pun,tetapi sejak bergelar penganggur  dan suri rumah (domestic executive) berijazah ni, fikiran selalu berserabut,menyalahkan takdir,tertanya -tanya kepada Allah "kenapa aku tak dapat kerja lagi", rungsing kerana memikirkan mulut orang yang suka bertanya " dah dapat kerja ke belum,bila nak kerja". Jiwa bertambah kacau bila sana sini rakan-rakan seperjuangan melafazkan kalimah syukur kapada Allah kerana sudah dapat kerja.

Bertambah bercelaru bila menerima jemputan undangan ke majlis perkahwinan rakan-rakan, diri sendiri bila lagi.Mulut kata nak kahwin lambat,tapi hati risau dan bimbang juga, entah sempat ke tidak nak bergelar isteri dan ibu?? Ish!! kerja pun tak ada lagi macam mana nak fikir pasal kahwin.

Ramai juga rakan -rakan yang cuba memujuk dan menenangkan hati dengan berkata, kita perlu yakin yang suatu hari nanti pasti ada rezeki untuk kita. Yang anehnya, si pemberi kata kata semnagt itu pula yang akhirnya menjadi rungsing keran dia pun senasib dengan saya. akhirnya, saya ulang semula apa yang dinasihatkan kepada saya balik kepadanya.  Begitu jaga sebaliknya.

Iman manusia memang selalu goyah. Saya akan terus berdoa agar diteguhkan iman agar tidak mudah mengalah,dan perlu mengalah denagn situasi. Bergelar graduan SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) PERBANKAN ISLAM, sudah tentu mencari pekerjaan di sektor perbankan, tidak pun sektor kewangan (asalkan berkaitan sikit- sikit pun jadilah). Masalahnya persaingan senget, bukan awak seorang sahaja yang memohon,beribu pemohon lagi. Ditambah lagi berlabelkan sebagai PERBANKAN ISLAM, tentu perbankan berlandaskan shariah yang didambarkan. Bertambah haru bila bilangannya hanya sedikit, kalu ada pun yang minimbulkan ragu ragu, unsur haram dan halal dicampur-campur, dibikin  seperti rojak buah. Ada juga saya terima panggilan dari CIMB merah, tak mahu lah, saya mahu CIMB hijau. Maaf!!! saya tegas dalam memilih jenis operasi bank. Haram dan halal saya jugalah yang kena tanggung.

Kerana takut kepada azab Allah dikemudian hari , terpaksalah tunggu lagi. Mulalah meraban terjun dalam bidang lain,main sebat sahaja bidang perkerjaan apa pun, asalkan ada kerja. Saya redha, jika tidak berkerja di sektor perbankan itu lebih baik dan lebih Allah berkati ke atas saya. Mungkin ada hikmahnya.

Suatu pagi, hati terbuka untuk membaca tafsiran Surah Dhuha ini, hati sebak, rasa bersalah kepada Allah terus terasa. INILAH PETUNJUK ALLAH!!!..Alhamdulillah!!! Terus saya mencapai telefon bimbit LG K300 kesayangan, lalu menaip tafsiran ayat 4 dan 5 dari surah dhaha ini( yang diwarnakan biru) lalu dihantarkan kepada rakan-rakan. 

Ampunkan hamba -Mu ini Ya Allah, kerana tidak sabar..Alhamdulillah, pangilan telefon untuk ditemuduga diterima....sujud syukur,,,saya tak sangaka...

p/s:  saya akan berusaha bersungguh-sungguh agar mendapat perkerjaan ini. temuduga akan berlangsung pada 8 febuari 2010 jam 8.30 pagi di bangunan Yapiem. Bukan sektor perbankan, tetapi berkaitan dengan ekonomi Islam..ini jiwa saya..syukur!! Tolong doakan saya jika anda terbaca ini..Terima kasih..

 

Saturday, January 23, 2010

Membuat Keputusan? Beristikharahlah....














" Walau kita dihadapkan,dengan pelbagai pilihan,mengapa sering terjadi pilihan yang tak menepati.Hingga amat menakutkan, menghadapi masa depan, seolah telah terhapus sebuah kehidupan yg kudus..."

Bait-bait lirik lagu di atas mengambarkan seseorang yang gagal dalam membuat keputusan yang tepat.Persoalannya, bagaimana hendak membuat keputusan yang tepat?

Pelbagai pendapat dan pandangan yang kita dengari...ada yang kata perlu solat sunat istikharah untuk minta petunjuk dari Allah SWT. Persoalannya lagi, tahu ke tidak cara hendak menunaikan solat sunat istikharah ini? Bagaimana petunjuk dari Allah itu kita terima...mimpi? gerak hati?
Bercakap tentang solat sunat istiharah, ramai yang bertanggapan ia dilakukan apabila "tak tahu" nak pilih antara dua orang untuk dijadikan pasangan hidup.Ada seorang sahabat pernah memberi tahu saya yang dia melakukan solat sunat ini untuk mengetahui samaada adakah teman lelakinya yang satu itu bakal menjadi suaminya atau tidak..kalau petunjuk yang dia dapat mengambarkan "YA", bolehlah meneruskan perhubungan yang bersulamkan niat ingin dijadikan teman sehidup semati, tetapi kalau petunjuk mengambarkan "TIDAK", perlulah redha dan berfikir. Fikir apa??.....HIKMAHNYA...

Pun begitu, apa yang saya faham, solat sunat istikharah ini bukan sahaja bertujuankan perihal jodoh,malah untuk membuat keputusan untuk memilih antara dua tawaran tempat pengajian, antara dua tawaran kerja yang sama baik dan apa -apa sahaja yang melibatkan perlakuan memilih dan membuat keputusan yang tepat agar tidak timbul sesalan di akhirnya nanti...

Apa -apa pun, kita hanya merancang, Allah juga yang menentukan, kita perlulah berdoa dan berusaha,akhirnya bertawakal..itulah kerja kita sebagai Hamba pada -NYA..Ini sekadar pendapat peribadi saya...

P/s: Ingin tahu bagaimana hendak mendirikan solat sunat Istiharah? Dapatkan buku buku panduan solat-solat sunat ataupun google sahaja...

~Wallahualam~



Friday, January 22, 2010

buah buahan tempatan


Lukisan terbaru yang saya hasilkan. Ia mungkin merupakan lukisan tahap kanak kanak tadika bagi mereka yang handal melukis,tetapi, agak sukar bagi saya.Saya kagum dengan mereka yang pandai melukis kerana setiap perkara yang ingat dilukis semuanya datang dari imaginasi.Tetapi saya tidak berkebolehan untuk melahirkan lukisan melalui imaginasi.Hmmmm!!!

Thursday, January 21, 2010

13 tahun yang lepas






Mesti anda tidak dapat membaca coretan di dua gamber di atas,tetapi lukisan di atas ini sebenarnya menceritakan apa yang terkandung dalam dua coretan tersebut. Untuk pengetahuan anda, lukisan yang merupakan hasil cantuman 'jigsaw puzzle' ini sebenarnya adalah kisah benar. Ia mengisahkan lawatan kelas saya ke Peak Carven dan Speedwell Carven yang terletak di England.Ketika ini usia saya 11 tahun.Apabila pulang dari lawatan, kami dikehendaki menceritakan pengalaman kami dalam bentuk karangan. Pada ketika itu, saya tidak mempunyai kamera malah kamera digital pun belum tercipta, jadi tiada satupun gambar kenangan yang dapat dirakam di tempat yang sungguh cantik ini. Nasib baik ada lukisan di atas.Ilustrasinya memang mengambarkan keadaan sebenar lokasi ini.Saya jugalah yang mewarnakan lukisan ini.




Jangan tak percaya, lukisan 'marble' ni saya hasilkan sendiri ketika umur saya 11 tahun.
Ia sebenarnya bukanlah lukisan tetapi hanya hasil seni seorang kanak-kanak yang di ajar bermain dengan warna. Bagaimana ia dihasilkan? Apa yang saya ingat, minyak diletakkan di dalam bekas kemudian picitkan sahaja perwarna air ke dalam bekas berisi minyak tadi.Ambil lidi dan kacau minyak berserta pewarna tadi dengan bentuk 'S'.Kemudian, letakkan kertas di atas permukaan minyak tadi.Angkat kertas dan jemur.Fuhh!! saya cuba mengingati aktiviti seni yang saya lakukan 13 tahun yang lalu.Kalu minat, cubalah!!!

Kulit majalah



Inilah rekaan kulit majalah yg saya hasilkan. Bukan senang nak cipta ilustrasi kulit majalah yang mampu menarik minat pembaca untuk membeli majalah tersebut.

Sebenarnya, rekaan ni saya hasilkan semata- mata untuk mengisi masa lapang. Seronok juga!!!
Barulah saya tahu yang kerjaya sebagai pereka grafik ni memerlukan kretiviti disamping kesabaran.Perlulah bijak bermain dengan warna dan jenis tulisan supaya hasil seni tersebut kelihatan menarik dan mampu memikat hati pembeli. Mungkin and aboleh cuba sendiri.