Wednesday, February 3, 2010

Keajaiban Surah Dhuha


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.

"DEMI WAKTU DHUHA (KETIKA MATAHARI NAIK SEPENGALAH).

DAN DEMI MALAM APABILA TELAH SUNYI.

TUHANMU TIDAK AKAN MENINGGALKAN ENGKAU (MUHAMMAD) DAN TIDAK PULA MEMBENCIMU.

DAN SUNGGUH, YANG KEMUDIAN ITU LEBIH BAIK DARI YANG PERMULAAN.

DAN SUNGGUH KELAK TUHANMU AKAN MEMBERIKAN KURNIAAN-NYA KEPADAMU SEHINGGA ENGKAU MENJADI PUAS.

BUKANKAH DIA MENDAPATIMU SEBAGAI SEORANG YATIM, LALU DIA MELINDUNGIMU.

DAN DIA MENDAPATIMU SEBAGAI SEORANG YANG KEKURANGAN, LALU DIA MEMBERIKAN KECUKUPAN.

MAKA TERHADAP ANAK YATIM JANGANLAH ENGKAU BERLAKU SEWENANG-WENANGNYA.

DAN TERHADAP ORANG YANG MEMINTA-MINTA, JANGANLAH ENGKAU MENGHERDIKNYA..

DAN TERHADAP NIKMAT TUHANMU, HENDAKLAH ENGKAU NYATAKAN DENGAN BERSYUKUR."

Kagum!!! Saya berasa begitu kagum dan teruja dengan Surah Dhuha ini. Sebelum ini, tak terfikir nak menghayati surah ini pun,tetapi sejak bergelar penganggur  dan suri rumah (domestic executive) berijazah ni, fikiran selalu berserabut,menyalahkan takdir,tertanya -tanya kepada Allah "kenapa aku tak dapat kerja lagi", rungsing kerana memikirkan mulut orang yang suka bertanya " dah dapat kerja ke belum,bila nak kerja". Jiwa bertambah kacau bila sana sini rakan-rakan seperjuangan melafazkan kalimah syukur kapada Allah kerana sudah dapat kerja.

Bertambah bercelaru bila menerima jemputan undangan ke majlis perkahwinan rakan-rakan, diri sendiri bila lagi.Mulut kata nak kahwin lambat,tapi hati risau dan bimbang juga, entah sempat ke tidak nak bergelar isteri dan ibu?? Ish!! kerja pun tak ada lagi macam mana nak fikir pasal kahwin.

Ramai juga rakan -rakan yang cuba memujuk dan menenangkan hati dengan berkata, kita perlu yakin yang suatu hari nanti pasti ada rezeki untuk kita. Yang anehnya, si pemberi kata kata semnagt itu pula yang akhirnya menjadi rungsing keran dia pun senasib dengan saya. akhirnya, saya ulang semula apa yang dinasihatkan kepada saya balik kepadanya.  Begitu jaga sebaliknya.

Iman manusia memang selalu goyah. Saya akan terus berdoa agar diteguhkan iman agar tidak mudah mengalah,dan perlu mengalah denagn situasi. Bergelar graduan SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) PERBANKAN ISLAM, sudah tentu mencari pekerjaan di sektor perbankan, tidak pun sektor kewangan (asalkan berkaitan sikit- sikit pun jadilah). Masalahnya persaingan senget, bukan awak seorang sahaja yang memohon,beribu pemohon lagi. Ditambah lagi berlabelkan sebagai PERBANKAN ISLAM, tentu perbankan berlandaskan shariah yang didambarkan. Bertambah haru bila bilangannya hanya sedikit, kalu ada pun yang minimbulkan ragu ragu, unsur haram dan halal dicampur-campur, dibikin  seperti rojak buah. Ada juga saya terima panggilan dari CIMB merah, tak mahu lah, saya mahu CIMB hijau. Maaf!!! saya tegas dalam memilih jenis operasi bank. Haram dan halal saya jugalah yang kena tanggung.

Kerana takut kepada azab Allah dikemudian hari , terpaksalah tunggu lagi. Mulalah meraban terjun dalam bidang lain,main sebat sahaja bidang perkerjaan apa pun, asalkan ada kerja. Saya redha, jika tidak berkerja di sektor perbankan itu lebih baik dan lebih Allah berkati ke atas saya. Mungkin ada hikmahnya.

Suatu pagi, hati terbuka untuk membaca tafsiran Surah Dhuha ini, hati sebak, rasa bersalah kepada Allah terus terasa. INILAH PETUNJUK ALLAH!!!..Alhamdulillah!!! Terus saya mencapai telefon bimbit LG K300 kesayangan, lalu menaip tafsiran ayat 4 dan 5 dari surah dhaha ini( yang diwarnakan biru) lalu dihantarkan kepada rakan-rakan. 

Ampunkan hamba -Mu ini Ya Allah, kerana tidak sabar..Alhamdulillah, pangilan telefon untuk ditemuduga diterima....sujud syukur,,,saya tak sangaka...

p/s:  saya akan berusaha bersungguh-sungguh agar mendapat perkerjaan ini. temuduga akan berlangsung pada 8 febuari 2010 jam 8.30 pagi di bangunan Yapiem. Bukan sektor perbankan, tetapi berkaitan dengan ekonomi Islam..ini jiwa saya..syukur!! Tolong doakan saya jika anda terbaca ini..Terima kasih..

 

No comments:

Post a Comment